Kelas ICT – Kuiz Microsoft Excel

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Excel kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Excel yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan memilih kuiz Microsoft Excel bertajuk Basic Excel Quiz. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Excel iaitu dengan meneliti soalan dan memilih jawapan menggunakan template Quiz Markah akan diberikan selepas mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali